Amalan Pemakanan untuk Jantung yang Sihat
Jika anda bimbang dengan
penyakit jantung yang mungkin anda hadapi, salah satu perkara paling penting
yang boleh dilakukan adalah dengan memulakan amalan pemakanan yang sihat dan
seimbang. Hal ini kerana makanan yang anda makan boleh mempengaruhi berat
badan, hormon dan kesihatan organ termasuklah jantung anda. Diet yang seimbang
merupakan diet yang rendah lemak tepu dan lemak trans tetapi tinggi dengan asid
lemak monotaktepu, asid lemak omega-3, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
penuh yang mampu melindungi jantung dengan:
- Menurunkan tahap kolesterol jahat (LDL cholesterol) dan tekanan darah
- Mengehadkan keradangan pada arteri
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes
- Membantu untuk mencapai berat badan yang normal
Sebenarnya, membuat pilihan makanan untuk jantung yang
sihat bukanlah sesuatu perkara yang amat sukar. Jadi, ayuh kita ikuti tips di bawah untuk jantung yang lebih sihat.
Di samping keburukan lemak yang anda pernah dengar
sebelum ini, terdapat juga sesetengah lemak yang sihat untuk kegunaan tubuh
badan kita. Apabila anda menggunakan lemak iaitu minyak untuk memasak, pastikan
pilih minyak masak yang mengandungi asid lemak monotaktepu (monounsaturated fat) seperti minyak zaitun atau minyak canola.
Avokado juga merupakan sumber asid lemak monotaktepu. Asid lemak politaktepu
dan asid lemak omega-3 juga merupakan pilihan lemak yang sihat. Antara sumber
makanan yang mengandungi asid lemak politaktepu adalah seperti kekacang, minyak
jagung dan minyak kacang soya. Manakala, anda pula boleh mendapatkan sumber
asid lemak omega-3 daripada ikan seperti tuna dan salmon. Secara amnya,
seboleh-bolehnya anda harus cuba mengelakkan sumber makanan yang mengandungi
lemak trans seperti kebiasaannya boleh didapati dalam makanan terproses seperti
keropok, mee segera dan sebagainya.
2. Pilih
sumber makanan yang kaya dengan bijirin penuh
Bijirin penuh adalah sumber serat dan nutrien yang
baik yang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan kesihatan
jantung. Jadi anda haruslah membuat pilihan makanan yang lebih bijak. Sebagai
contohnya, pilih roti bijirin penuh berbanding roti putih biasa.
3. Tingkatkan
pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori dan
kaya dengan serat serta mengandungi bahan yang boleh membantu mencegah penyakit
kardiovaskular seperti jantung. Makan lebih banyak sayur dan buah juga dapat
membantu anda mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti daging,
keju dan makanan ringan.
4. Kurangkan
pengambilan makanan yang tinggi natrium/garam
Pengambilan makanan yang rendah garam merupakan salah satu
amalan pemakanan yang baik untuk jantung yang sihat. Makan makanan yang tinggi
garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang merupakan faktor risiko kepada
penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung. Jadi, cuba elakkan daripada
mengambil garam melebihi 6 gm dalam sehari. (bersamaan 2 gm natrium atau 1 sudu
teh garam dalam sehari).
Walaupun dengan cara kurangkan garam dalam masakan adalah
langkah pertama yang baik, namun anda juga harus tahu bahawa kebanyakan sumber
makanan lain yang tinggi garam yang mungkin kita tidak sedar adalah makanan
segera dan diproses seperti marjerin, keropok lekor, kentang goreng, kacang
panggang dan burger.
5. Lipokleen A (Fish Oil)
Anda tak selesa asyik perlu hadkan pengambilan makanan harian
ataupun anda sudah amalkan pemakanan sihat tapi masih belum nampak kesan yang
positif? Jangan risau Lipokleen A ada untuk mengatasi masalah ini.
Lipokleen A merupakan suplemen atau makanan tambahan yang
mengandungi minyak ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti DHA
dan EPA. Kajian lepas telah membuktikan bahawa pengambilan sumber asid lemak
omega-3 dalam pemakanan harian dapat mengurangkan risiko kematian yang
disebabkan oleh penyakit kardiovaskular seperti jantung. Lipokleen A juga
mengandungi ciri-ciri antioksidan yang dapat membantu melancarkan peredaran
darah.
Apa yang kami boleh cadangkan kepada anda adalah amalkan
pengambilan 1-2 kapsul Lipokleen A selepas sarapan dan makan malam pada setiap
hari dan nantikan hasilnya!
Kami menunggu panggilan dari anda!
Hubungi kami secara hotline di talian 1800-88-0163 atau DM kami di Facebook ( https://www.facebook.com/totalifemalaysia/ ) untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Comments
Post a Comment