KENALI JERAWAT YANG TUMBUH DI WAJAH ANDA!


  KENALI JERAWAT YANG TUMBUH DI WAJAH ANDA!



Ramai orang yang mempunyai masalah kulit berjerawat kan? Ada yang biasa biasa , ada yang kronik . Tak kira tua ataupun muda , memang ramai mempunyai masalah jerawat ni .

Ramai yang buat endah tidak endah sahaja dan tidak tangani punca sebenar jerawat ni timbul. Cara terbaik untuk tangani ialah dengan mengetahui terlebih dahulu apa masalah yang anda hadapi. 



Punca-punca yang biasa menyebab pertumbuhan jerawat


Pori kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang menghasilkan sejenis minyak dipanggil sebum. Sebum ini bertindak untuk melembapkan sambil menjadi pelindung kulit.
Punca utama jerawat berlaku apabila sebum ni dihasilkan secara berlebihan.
Minyak berlebihan ini menyumbat pori dan bakteria P.Acnes yang akan membiak dalam folikel liang pori anda.







Ia menjadi punca kepada jenis jerawat berikut : 

1) Berbintik hitam

Bintik hitam ialah folikel rambut yang telah tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Bebintik hitam boleh membentuk dua jenis jerawat iaitu Jerawat Hitam dan Jerawat Putih


o Jerawat Putih (Berbintik tertutup) 
 Jika pembentukan minyak dan bakteria tidak terbuka pada permukaan kulit , ia menjadi bintik kecil putih yang dipanggil jerawat putih. Rupanya seperti jerawat, cuma tidak merah dan meradang seperti jerawat. Tidak seperti jerawat , anda tidak dapat memicit isinya keluar.
Ia boleh tumbuh di mana mana bahagian wajah anda ,terutamanya di bahagian dahi, pipi dan kawasan bawah mata.

o Jerawat Hitam (Berbintik terbuka) 
Walaupun tiada ubat yang boleh menyembuhkan bintik-bintik ini, anda masih boleh mencegahnya.Elakkan merokok , kerana perokok  biasanya lebih akan lebih cenderung mendapat bebintik berbanding yang bukan perokok. 'Lifestyle' atau diet anda juga boleh menyebabkan jerawat hitam ini muncul.



2) Jerawat Biasa (Papul)
Papul biasanya berlaku akibat pori tersumbat , meledak dan meradang . Bakteria P.Acnes juga  merangsang keradangan dan pembentukan papul. Ia merupakan pembentukan luka jerawat yang paling ringan. Ia biasanya berwarna merah jambu , kecil dan merah.



3) Jerawat Besar (Pustul)
Apabila jerawat membesar dan membengkak , ia dipanggil Pustul . Jenis jerawat ini biasanya berwarna putih , bermata dan dikelilingi warna merah keradangan.

Rawatan Paling Berkesan Untuk Kulit Jerawat Biasa & Besar Ini
-ASID SALISILIK-
Berfungsi untuk membuka pori-pori tersumbat dengan menanggalkan sebum berlebihan dan sel kulit mati. Ia dapat mengurangkan sumbatan pori dan menyingkirkan makanan yang ada untuk pembiakan bakteria.



4) Jerawat yang menyakitkan (Nodul & Sista)
Jerawat yang paling sukar dirawat adalah jenis Nodul & Sista. Jerawat ini paling menyakitkan dan besar saiznya. Nodul ialah bintik besar dan keras yang tumbuh di dalam kulit . Sista pula , bintik bermata yang besar tetapi lebut dan rupanya seperti bisul.


Rawatan untuk Jerawat Nodul & Sista
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan pakar dermatologi; kerana tiada ubat untuknya yang boleh didapati di kaunter.







Antara penyebab jerawat :

1) Ubat-ubatan yang mengandungi phenytoin, ioda, bromida, steroid, isoniazid & litium.
2) Penggunaan pakaian , peralatan yang terlalu ketat pada permukaan kulit yang bersentuhan
3) Produk penjagaan kulit / rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma
4) Persekitaran berminyak & kotor
5) Bakteria Propionibacterium acnes
6) Perubahan hormon
7) Androgen berlebihan seperti dalam sindrom polisistik ovari



Tips Penjagaan Muka yang betul?

Ramai yang menginginkan kulit cantik , dah baca macam macam artikel , tonton macam macam video tutorial 'skincare' , tapi still tak berkesan,kan?

Kita mahu berdepan dengan orang , kadang kadang rasa rendah diri dan hilang 'confidence' bila berhadapan dengan orang lain kan?
 
Untuk penjagaan kulit muka , wajib untuk korang faham kulit muka sendiri.
Faham jenis kulit. Kulit tak berminyak tak semestinya tak berjerawat. Berminyak pun belum tentu berjerawat. Rasanya ramai tak tahu tentang "oily but dehydrated". Kebiasaannya orang ingat "oily" je mesti kulit lembab kan?

1) Wajib pakai moisturizer
Kulit akan mengeluarkan sebum bergantung kepada keadaaan kulit. Kalau kulit berminyak, itu bermakna kulit tak cukup lembap,dan ia beri signal untuk mengeluarkan minyak bagi melembapkan kulit. 

2) Wajib memakai cleanser yang bagus
Cleanser yang bagus biasanya mempunyai pH dari 4-6.Pilih yang bersifat acidic kerana kulit ada lapisan asid yang menjaga kulit kita dari bakteria.
Bakteria P.Acne yang menyebabkan jerawat itu membiak dengan laju lebih lebih lagi sekiranya product itu bersifat melebihi pH 6. Kebanyakan cleanser/pencuci muka mempunyai pH melebihi 6, ada yang sehingga pH 9 !

3) Minum air kosong !
Kenapa perlu minum air kosong ye?
Ini kerana air kosong akan bantu 'flush out' toxin dalam badan

4) Kurangkan pengambilan gula
Rasanya gula memang sedap kan ? Tapi sebaik sahaja ia masuk ke dalam tubuh badan, ia akan bertukar fitrah menjadi ASIDIK! Badan kita sepatutnya beralkali (kecuali bahagian tertentu). Kesannya ? Akan ternampak di muka selain penambahan berat badan!

5)Kurangkan makan ayam bandar
Seorang Doktor pernah menasihatkan pesakitnya yang mempunyai masalah kronik jerawat untuk mengurangkan pengambilan ayam bandar. Ini kerana ayam bandar banyak disuntik . Sekarang , kulit beliau sudah makin pulih!!

6)Makan sayur dan buah 
Buah buahan dan sayuran mengandungi vitamin dan nutrient yang tinggi. Kalau badan sejenis yang berlemak , ini bermakna kandungan toksin di dalam badan anda sangat tinggi ! Jadi , pastikan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan okay!

7) Check sama ada ada masalah hormon
Anda boleh pergi ke mana mana klinik untuk check hormon dalam badan anda. Antara makanan yang boleh anda cuba untuk menstabilkan hormon termasuklah Avocado, Brokoli, Buah Delima , Salmon, Sayuran Hijau , Kekacang , Soya dan kunyit.

8) Pastikan anda bersenam ! 
Senaman akan membantu mengawal kadar insulin dalam tubuh badan.Andai kata anda tidak boleh membuat pergerakan yang banyak ketika bersenam , anda boleh cuba untuk berjalan banyak. 

9) Minum Teh Hijau / Green Tea
Mengandungi anti-oksidan dan kajian mendapati ia mampu merendahkan kadar insulin . Ia juga merupakan minuman yang amat sihat untuk tubuh badan .

10)  Dapatkan tidur yang cukup !!
Masalah gangguan tidur atau tidur yang tidak mencukupi sering kali dikaitkan dengan ketidak-stabilan hormon termasuklah insulin, cortisol, leptin, ghrelin & hormon pertumbuhan.

11) Rempah ratus dan Herba
Tahukah anda rempah ataupun herba bukan sahaja menjadi penambah perisa dalam makanan , tetapi juga mampu menjadi agen penyembuh tubuh badan anda serta mengawal hormon :

-Kayu manis / Cinnamon
-Kunyit
-Jintan
-Bawang Putih
-Halia




11) Pakai mask muka dan skrub muka
Apabila anda menggunakan mask , secara tidak langsung ia akan bantu buang sel kulit mati dan meningkatkan metabolisma kulit.Seperti yang kita tahu tadi, jerawat terhasil apabila ada sel kulit mati terkumpul bersama sebum  menyebabkan pertumbuhan jerawat. Skrub muka juga sangat membantu untuk membuang sel kulit mati di wajah.

Berita baik, JKS mempunyai produk mask muka yang bertindak untuk metabolismakan kulit anda, mencerahkan wajah sambil dapat digunakan sebagai skrub muka. 2 in 1 function ! Best sangat kan !! Jimat, berkesan dan confirm menjadi !!




Sekarang, anda dah tahu kan apa yang menyebabkan muka berjerawat dan macam mana nak mengatasi ? Jadi jangan lupa amalkan okay !

Disclaimer : JKS ada penyelesaian untuk masalah kulit berjerawat tau . Mengadungi pH yang sesuai untuk kulit iaitu pH 5.5 dan sangat membantu untuk hidrasikan kulit .Ada produk JKS juga mengandungi salisilik asid yang akan membantu mebantutkan pertumbuhan jerawat.

Apa tunggu lagi ?? Dapatkan Junior Keep Secret sekarang okay !
Hubungi facebook atau instagram kami sekarang.




Fb : Totalifemalaysia
Instagram : Totalifemalaysia














Comments

Popular Posts