Sarapan Pagi



Sarapan pagi ?


Sarapan pagi merupakan waktu makan yang penting dalam kehidupan seharian. Sarapan pagi adalah waktu berbuka puasa antara waktu makan malam dan tengahari. 


Manusia akan berpuasa sepanjang waktu tidur dan kebiasaanya tahap gula dalam darah tubuh akan menurun. Sarapan pagi akan membekalkan tenaga yang diperlukan oleh otak dan badan untuk bekerja.

Sarapan pagi amat penting untuk bekalan tenaga seharian dan tingkatkan tumpuan bekerja atau belajar.  Skip bersarapan pagi bukan sahaja membuatkan badan tidak bertenaga bahkan jugak akan menyebabkan kita terlebih makan untuk makan tengahari.



Apa yang terjadi jika kita tidak bersarapan pagi?


Banyak kajian yang telah dijalankan yang menemui beberapa kesan buruk jika tidak bersarapan pagi. Contohnya :


- Berlebihan berat badan atau obesiti

Kelaparan pada waktu pagi akan mendorong untuk mengambil makanan yang lebih banyak pada waktu makan tengahari. Tambahan pula, meninggalkan sarapan pagi juga akan melambatkan sistem metabolisme badan. 


- Meningkatkan risiko kencing manis (diabetes)

Apabila skip sarapan pagi, tiada bekalan tenaga yakni gula dalam darah yang akan menyebabkan tahap gula dalam darah akan menurun (hypoglacemia). Keadaan hypoglycemia adalah keadaan yang bahaya bagi penghidap kencing manis. 

Tahap darah akan memuncak naik secara mendadak selepas pengambilan makanan pada waktu seterusnya. Peningkatan darah mendadak ini adalah lebih bahaya terutamanya bagi penghidap kencing manis. Berbeza jika adanya pengambilan sarapan pagi dimana tahap gula dalam darah akan meningkat secara normal  

Pengekalan tahap gula dalam darah boleh dicapai jika mengamalkan waktu makan yang normal (sarapan, makan tengahari, malam, snek).

Penurunan dan peningkatan gula dalam darah akan menyebakan rintangan insulin. Insulin adalah hormon yang membantu penyerapan gula daripada darah kepada sel tubuh badan untuk penghasilan tenaga. Rintangan insulin inilah yang menyebabkan berlakunya penyakit kencing manis.


- Risiko sakit jantung

Peningkatan mendadak tahap gula dalam darah akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan tekanan tinggi kepada jantung. 


Sarapan Pagi Yang Sihat

Pakar pemakanan menyarankan seeloknya untuk mengambil sarapan pagi 2 jam selepas bangun tidur. Antara makanan yang sihat untuk dijadikan sarapan pagi ialah :


  • Roti
  • Telur
  • Oat
  • Susu rendah lemak
  • Bijirin 
  • Buah-buahan
  • Kopi
Gabungan makanan karbohidrat dengan serat dan sedikit protein adalah makanan yang terbaik untuk dijadikan sarapan pagi.


Mulakan Hari Anda Dengan Sarapan Pagi Yang Sihat.



Mulakan sarapan pagi anda bersama rangkaian Totalife :

Totalac

TotalDrink

TotalDiet-8 Plus (Coffee)

TotalDiet-8Plus (Coklat)

TotalDiet-8Plus (Vanilla)

Comments

Popular Posts