Pentingnya serat dalam diet



Mari berkenalan dengan apa tu serat? 👀


Banyak makanan dan produk kesihatan yang dijual melabelkan makanan tersebut mempunyai tinggi serat yang bagus untuk kesihatan. Mungkin masih ada keliru dan tidak memahami fakta ini dan apa kaitan nya dengan kesihatan.

Persoalanya mengapa kita perlu mengambil serat?

Serat sebenarnya adalah satu bahan karbohidrat iaitu selulos yang terdapat dalam tumbuhan yang biasanya tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman dan akan dikeluarkan semula di dalam najis kita.
''Serat terbahagi kepada dua iaitu serat larut (soluble fiber) dan juga serat tak larut (insoluble fiber). Serat larut senang dicerna dan diserab oleh badan melalui usus besar manakala serat tidak larut tidak diserap dan akan dibuang bersama najis dan membantu mengelakkan sembelit'' 
Serat Tidak Larut 

Serat tidak larut adalah serat yang tidak dihadam oleh penghadaman manusia dan dikeluarkan bersama najis. Kebaikan serat tidak larut ini adalah membantu dalam melancarkan sistem pembuangan najis dan juga membantu mengelakkan sembelit.

Serat Larut 

Serat larut mampu membantu dalam menurunkan paras kolesterol dalam badan individu. Menurut Akademi Pemakanan dan Dietitik menyarankan pengambilan serat sebanyak 25g - 30g setiap hari yang mana serat larut mengandungi sebanyak 7g -13g untuk pelindungan kardio.
Terdapat banyak sumber serat larut yang baik termasuk lah bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kerajaan malaysia telah memperkenalkan konsep Suku-Suku Separuh untuk panduan makan secara sihat dan pengambilan serat yang baik utk kesihatan.

Suku suku separuh 
Apa itu suku-suku separuh?

Suku suku separuh adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat mengamalkan pengambilan makan yang sihat dan lengkap. Konsep ini telah diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2017. 

Dengan konsep ini, pengambilan makanan untuk karbohidrat, protein, lemak dan serat dapat memenuhi keperluan badan. Secara tidak langsung dengan mengamalkan konsep ini, individu dapat mengambil serat dari sumber seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Oleh yang demikian, konsep suku-suku separuh ini adalah seperti berikut :

1/2 pinggan adalah untuk sayur dan buah
1/4 pinggan untuk sumber protein seperti ikan ayam kekacang
1/4 pinggan untuk sumber karbohidrat seperti nasi mee produk bijirin dan ubi-ubian

 
Makanan yang mempunyai serat 

-Bijirin penuh/whole grains : Oats

Oat juga mempunyai serat yang baik untuk kesihatan. Selain itu, oat merupakan bijiran yang dikenali dengan sifat yang membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam badan manusia.

Sebagai contoh satu cawan oat yang dimasak bersamaan dengan 2.3g serat larut yang bagus untuk kesihatan dan dapat membantu dalam kesihatan jantung.


Selain dari membekalkan serat larut, oat juga membekalkan antioxida dan mineral kepada penggunanya.Terdapat banyak makanan lain yang juga mengandungi serat dari oat antaranya adalah 7-days, oat segera, bijirin yang mengandungi oat dan sebagainya.

 -Pengganti Sajian : 7-Days 
7-Days merupakan pengganti sajian yang selamat dan berkesan dengan tambahan fitokimia. Dengan formulasi baru yang berserat tinggi dari oat yang bagus diambil sebagai pengganti sajian. Infografik dibawah menunjukkan kandungan serat dalam satu paket 7-Day.


-Buah-buahan 
-Sayur-sayuran 
-Kekacang 
 
Kebaikan Serat untuk kesihatan :

1.Bagi individu yang kurang pengambilan serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan mereka akan mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau sembelit. Dengan pengambilan serat mereka tidak lagi mengalami masalah tersebut. Jangan lupa untuk mengambil cukup air dan kekal aktif!

2.Serat larut juga membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal dengan membantu badan untuk kenyang lebih lama tanpa meningkatkan kalori makanan yang diambil. Sebagai contoh individu yang makan sayur akan kenyang lama berbanding yang tiada sayur dalam hidangan dan membantu dalam penjagaan berat badan.

3.Selain daripada itu, serat juga membantu dalam mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung/strok dan juga kencing manis tahap 2. Makanan seperti oat, barli mengandungi serat iaitu beta glucan yang membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Satu kajian mendapati pengambilan sekurangnya 3g of beta glucan sehari mampu menurunkan kolesterol jahat @ low-density lipoprotein (LDL) antara 5 hingga 7 peratus.

4.Kajian menunjukkan diet yang tinggi serat membantu meningkat jumlah bacteria baik dalam usus dengan membekalkan sumber makanan dan membantu mereka meningkatkan perlindungan kepada usus.



Rujukan
https://www.hmetro.com.my/node/102631
https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/basics/fibre.html





Comments

Popular Posts