Kebaikan garam berkhasiat manggis



KEBAIKAN GARAM BERKHASIAT MANGGIS


Garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil. Garam juga dikenali sebagai Natrium Klorida dengan menggunakan simbol NaCl.

Dalam setiap masakan, penggunaan garam dan gula sebagai bahan perasa amat penting dan tidak dapat dipisahkan. Ini menjadikan masakan tersebut lebih enak. Di pasaran terdapat pelbagai jenis garam yang ada antaranya adalah garam halus, garam kasar, garam himalaya, garam bukit, garam buluh dan lain-lain. 

Selain menjadi penyedap dalam masakan, garam juga dijadikan pelbagai fungsi dalam kehidupan antaranya seperti air garam digunakan di hospital untuk seimbangkan cecair dalam badan, untuk merawat cirit birit, ulser dan sebagainya.

Namun, garam juga jika diambil secara berlebihan boleh memudaratkan manusia sebagai contoh, boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, strok, dan jantung. Selain itu, garam juga penting untuk menjaga fungsi saraf dan pengambilan yang tinggi akan membawa mudarat kepada badan dan mengganggu sistem saraf.


"Tahukah anda 1 daripada 3 dewasa menghidap tekanan darah tinggi" 


Bagi sesetengah individu mungkin tidak cakna tentang pengambilan garam dalam seharian atau kurang ilmu pengetahuan dalam pengambilan garam ini mungkin tidak menyedari tentang kandungan garam dalam darah dan tidak pernah melakukan ujian kesihatan. Lakukan pemeriksaan berkala untuk melihat bacaan tekanan darah anda.

Cegah Sebelum Lewat!

Penjenayah sebenar garam bukan hanya dalam bentuk serbuk kasar tetapi juga terdapat dalam pelbagai bentuk makanan antaranya seperti :

1.Makanan segera atau terproses
2.Penambah perisa lain seperti msg, kiub perasa, perencah makanan,sos kicap/tiram
3.Makanan diawet
4.Makanan ringan  

Pengambilan garam mengikut kementerian kesihatan :
Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, anda perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

 

Tips kurangkan garam dalam masakan :
1.Nikmati hidangan anda tanda sos/kicap tambahan 
2.Nikmati rasa asli buah buahan segar tanpa serbuk asam atau garam 
3.Kurangkan masakan segera, makanan telah diproses dan makanan ringan 
4.Kunyah lebih lama sebelum telan untuk menikmati rasa masin semulajadi dalam masakan 
5.Bertukar kepada garam yang rendah sodium iaitu Phyto Salt.


Cara penggunaan Phyto Salt

1. Gunakan Phyto salt untuk mengganti garam sewaktu memasak.
2. Boleh ditambah dalam Total Drink 
3. Dalam program pelansingan boleh ditambah sedikit dalam 7-days dan gongcang sekata   sebelum minum
4. Digunakan dalam penjagaan mulut  



Kelebihan garam berkhasiat manggis :


1. Anti inflamasi, anti-bakteria dan anti-oxidasi (fungsi extrak manggis untuk badan)

2. Mengekalkan tekanan darah dan mengimbangkan kandungan air (rendah sodium)

3. Mengekalkan fungsi saraf dan otot (rendah potasium)

4. Membantu pertumbuhan gigi dan tulang (tambahan magnesium) 





Thank you for reading 💕




For more info, do contact us via our Facebook or Instagram Page (Totalife Malaysia)💕


https://www.instagram.com/totalifemalaysia/

https://www.facebook.com/totalifemalaysia/


Rujukan :
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/11/03/bahaya-garam
http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Garam/booklet.pdf
http://www.myhealth.gov.my/awas-garam-tersembunyi-dalam-makanan-anda/




Comments

Popular Posts